Participate in ContestFX contests from RoboForex - real money and experience for free!

Saturday, 26 December 2015

Teknik Forex: CANDLE DAILY BREAKOUT

Salah satu cara atau teknik untuk melihat pergerakan harga pasaran samada akan naik atau turun adalah berdasarkan sistem breakout. Breakout bermaksud, apabila harga ditutup (CLOSE) melepasi samada di atas ketinggian (HIGH) atau melepasi harga terendah (LOW) bagi sesuatu jarak (RANGE).

Salah satu sistem breakout adalah DAILY CANDLE BREAKOUT. Sebatang Candlestick Daily adalah terbentuk disebabkan oleh pergerakan harga untuk tempoh masa 24 Jam. Bersamaan dengan 24 batang Candlestick di Time Frame H1. Jika kita perhatikan, sepanjang H1 untuk melengkapkan pergerakan 24 Jam tersebut akan ada terbentuk, gelombang (WAVE) turun naik pasaran sehingga terbentuknya Candlestick Daily untuk tempoh 24 Jam tersebut.


Keadaan di mana 24 Batang Candlestick H1 membentuk sebatang Candlestick DAILY.

Jika kita perhatikan dari gambar tersebut jelas bahawa HIGH dan LOW sebatang Candlestick DAILY adalah satu zon SUPPORT AND RESISTANT (SNR) yang kuat. Jika ada Candlestick H1 atau H4 yang berjaya break HIGH Candlestick Daily, maka kita boleh katakan bahawa harga pasaran akan bergerak naik (UPTREND). Manakala jika ada Candlestick H1 atau H4 berjaya break LOW Candlestick Daily, maka kita boleh katakan bahawa harga pasaran akan bergerak turun (DOWNTREND). Namun harus diingatkan bahawa TREND tersebut hanyalah di dalam ukuran 24 Jam sahaja, jika ingin lebih jelas untuk gambaran trend seminggu harus melihat pada TIME FRAME yang lebih besar iaitu WEEKLY atau MONTHLY.

Saya akan kupaskan cara menganalisa dan entry menggunakan CANDLE DAILY BREAKOUT ini pada post yang seterusnya.

No comments:

Post a Comment